SHAH ALAM: Lorong motosikal di Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan ditutup secara berperingkat, bermula hari ini hingga 30 Jan.
Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sementara lorong motosikal secara berperingkat, akan dilakukan di beberapa lokasi di LSA bermula jam 10 pagi hingga 4 petang, bagi kerja pembaikan turapan jalan di lebuh raya tersebut.
"Ini bertujuan bagi pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan di lorong motosikal, bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna motosikal di lebuh raya itu," katanya.
Penutupan lorong tersebut melibatkan kawasan dari persimpangan bertingkat Bukit Rimau sehingga ke persimpangan bertingkat Kebun (16-18 Jan); dari persimpangan Kebun sehingga persimpangan bertingkat Bandar Puteri (19 Jan).
Kemudian penutupan lorong akan dilakukan dari persimpangan bertingkat Pandamaran sehingga persimpangan bertingkat Bandar Puteri (26 Jan); dari persimpangan bertingkat Bandar Puteri sehingga persimpangan bertingkat Kebun (27 Jan); dari persimpangan Kebun sehingga persimpangan Bukit Rimau (28 Jan) dan dari persimpangan Hicom sehingga persimpangan bertingkat Seafield (30 Jan).
Pengguna motosikal dinasihatkan menunggang dengan berhati-hati dan patuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Lorong motosikal di Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan ditutup secara berperingkat, bermula hari ini hingga 30 Jan. - Gambar fail/BERNAMA
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Tambah lorong motosikal, mampu kurangkan kemalangan sehingga 40 peratus - Pakar
Hakikat harus diakui bahawa motosikal adalah antara komponen penting dalam sistem pengangkutan Malaysia.
Lorong motosikal ditutup sementara secara berperingkat di LSA
Lorong motosikal di Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan ditutup secara berperingkat, bermula hari ini hingga 30 Jan.
Polis cari pemandu Honda City masuk lorong motosikal
Kejadian tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Pemandu kereta tersilap masuk lorong motosikal di jambatan kedua Pulau Pinang
Lelaki tersebut yang memandu kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu dipercayai tersilap lorong.
Panik salah jalan, warga emas pandu kereta masuk laluan motosikal
Kejadian tersebut turut tular di media sosial selepas satu klip video berdurasi 49 saat rakaman kamera papan pemuka dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook.
Polis buru pemandu guna lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan
Pemilik atau pemandu kereta dan saksi yang melihat kejadian digesa untuk tampil membantu siasatan.
Motosikal terbakar di Pusat Pemeriksaan Woodlands
Semakan dengan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) mengesahkan kejadian itu dan api telah dipadamkan dengan segera.
Anggota tentera maut selepas terseret 30 meter di lorong motosikal
Mangsa parah di kepala selepas terseret 30 meter di lorong motosikal.
Pelajar antara ditahan dalam Op Bersepadu dekat Jitra
Pelajar berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas motosikal yang ditungganginya itu tidak mempunyai rekod pemilikan (rekod tidak wujud) sebelum ia disita untuk pemeriksaan.
KESAS buat laporan polis susulan perbuatan khianat dan cubaan sabotaj
Kesas Sdn Bhd telah membuat laporan polis berhubung perbuatan khianat dan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu tidak bertanggungjawab di lorong motosikal Lebuhraya Shah Alam